Terdapat beberapa syarat penting sekiranya anda memasang cita-cita untuk menceburi kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik.
Syarat-syarat ini amat penting untuk anda teliti sekiranya anda ingin berjaya sama ada dalam peperiksaan PTD nanti atau semasa anda sedang menjalani sesi temuduga.
Sedikit perkongsian dari pihak PTD Malaysia tentang beberapa syarat penting menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Moga anda mendapat sedikit maklumat dan informasi.
CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
Isi Kandungan
- Berminat dengan profession ini.
- Bercita-cita tinggi dan berdedikasi.
- Seorang yang dinamik.
- Berminat dengan bidang pentadbiran dan pengurusan.
- Sanggup bekerja di luar negara.
SYARAT MENCEBURI BIDANG INI
Calon perlu mempunyai kelayakan akademik iaitu ijazah sarjana muda kepujian dan sebarang bidang pengkhususan universiti tempatan atau luar negara atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat utama menjawab jawatan ini adalah anda perlu lulus Peperiksaan PTD M41 yang diadakan. Yang pastinya syarat lulus komponen peperiksaan di bawah adalah sesuatu yang perlu.
Lulusan peperiksaan memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Selain itu, calon perlu mendapat kepujian bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Untuk maklumat lengkap sila rujuk Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Calon boleh melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda sama ada di universiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Jerman, Jordan dan Indonesia.
SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Oleh kerana kerjaya ini boleh diceburi oleh lulusan dan bagai bidang, maka calon perlu melanjutkan pengajian dalam mana-mana bidang di peringkat sarjana muda.
- Cara pertama: Calon lepasan SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang ingin mengikuti program matrikulasi/asasi/kursus persediaan ke luar negara perlu lulus dengan baik peperiksaan itu serta mendapat kepujian bahasa Melayu dan mata pelajaran lain yang diperlukan program matrikulasi/asasi/kursus persediaan ke luar negara yang dipilih. Selepas menamatkan pengajian di peringkat selama satu atau dua tahun, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian di peringkat sarjana muda mengikut bidang yang dipilih.
- Cara kedua: Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat prinsipal baik mata pelajaran pengajian am serta beberapa mata prelajaran lain sama ada aliran sains atau sastera. Selain itu, calon perlu lulus SPM dengan mendapat kepujian bahasa Melayu. Mereka akan terus ditawarkan ke peringkat sarjana muda.
- Cara ketiga: Terdapat universiti seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengambil pelajar lepasan SPM untuk mengikuti pengajian terus ke peringkat sarjana muda. Syarat yang diperlukan ialah lulus SPM dengan baik serta mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk bahasa Melayu dan matematik.
SYARAT PENTING MENJADI PTD MALAYSIA – PERSEDIAAN ANDA
Di atas pihak kami telah kongsikan beberapa maklumat penting tentang kerjaya Pegawai Tadbir Diplomatik. Di harap anda mendapat sedikit maklumat yang diperlukan. Sekiranya anda mempunyai pendapat dan pandangan untuk dikongsikan sila berbuat di ruangan komen di bawah.
Untuk maklumat lanjut peperiksaan sila semak perkongsian terdahulu mengenai Contoh Soalan Peperiksaan PTD, Soalan Pengetahuan AM PTD, Soalan Ujian Psikometrik PTD dan Soalan Matematik PTD.
PENGAMBILAN & PEPERIKSAAN PTD
Pihak kami juga akan menghebahkan jualan Panduan Khas Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik tidak lama lagi. Versi update bakal dikeluarkan sebelum peperiksaan PTD berlangsung.
Untuk mendapatkan panduan tersebut dan menjadi yang pertama mengetahui bila jualan di buka sila daftar dan langgan percuma sebagai pembaca laman PTD Malaysia terlebih dahulu.
Klik butang pendaftaran di bawah, masukan email dan tunggu makluman dari pihak kami nanti.
(Pastikan Anda Semak Email Anda Untuk Sahkan Langganan)