Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD

0 2,167

Pegawai yang berkhidmat dalam kerajaan terutamanya Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mempunyai peranan yang amat signifikan dalam memastikan negara dan masyarakat dapat mengecapi keharmonian dan kemakmuran melalui perkhidmatan cemerlang yang mereka tawarkan.

Kepesatan dan pembangunan negara yang di sumbang oleh pegawai terbaik yang berkhidmat dalam perkhidmatan PTD adalah sesuatu yang amat di titik beratkan oleh kerajaan. Bukan sahaja sebagai pekerja mahir, lebih dari itu sebagai agen kepesatan dan kemakmuran negara.

Oleh itu, pengambilan pegawai yang akan berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik akan melalui beberapa tahap pernilaian. Namun sebelum mana-mana calon di panggil untuk menduduki peperiksaan atau di temuduga, beberapa syarat perlu di penuhi terlebih dahulu.

Jika anda benar-benar berminat dengan kerjaya PTD, maka anda perlu ketahui tentang Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD. Persediaan awal sedikit sebanyak akan membantu anda untuk menjawat jawatan ini.

GAJI, SYARAT LANTIKAN DAN DESKRIPSI TUGAS PTD MALAYSIA

Secara umumnya, berikut merupakan tugas seorang Pegawai PTD Malaysia;

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah,

Tugas PTD termasuk;

perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Nama Jawatan: Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji: RM2,252.80 (Gaji Minimum)

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau
  • Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    • [ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan
  • lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan
  • kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas PTD

PEPERIKSAAN PTD DAN TEMUDUGA

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga.

Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Di atas sedikit sebanyak yang pihak kami dapat kongsikan mengenai Maklumat Jawatan: Gaji, Syarat Lantikan dan Deskripsi Tugas PTD. Semoga anda, calon dan bakal calon PTD Malaysia mendapat sedikit maklumat dalam persediaan menjawat kerjaya pilihan anda.

Untuk mendapatkan rujukan Peperiksaan PTD, sila rujuk artikel terdahulu mengenai Contoh Soalan Peperiksaan PTD.

CONTOH SOALAN PTD TERKINI!

TEMPAH PANDUAN PTD SEKARANG

Daftar Percuma Di Bawah Untuk Menempah

Isikan Nama & Email Lengkap Anda

Anda akan didaftarkan terus ke dalam sistem mailing kami. Sila periksa email anda selepas anda mendaftar.

Kami Hormati Privasi Anda. Kami Sesekali Tidak Akan SPAM Anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

CONTOH SOALAN PTD TERKINI!

TEMPAH PANDUAN PTD SEKARANG

Daftar Percuma Di Bawah Untuk Menempah

Isikan Nama & Email Lengkap Anda

Anda akan didaftarkan terus ke dalam sistem mailing kami. Sila periksa email anda selepas anda mendaftar.

Kami Hormati Privasi Anda. Kami Sesekali Tidak Akan SPAM Anda.