Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan melibatkan penambahan satu Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik PTD. Ujian ini tidak banyak bezanya dengan Ujian Sahsiah dan Minat.
Baca juga: Contoh Soalan PTD M41
Berikut sedikit informasi berkaitan Ujian Psikometrik SPA dan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik PTD.
TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK PTD DIADAKAN
Isi Kandungan
Tujuan utama Ujian Psikometrik PTD diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.
Ujian ini dikenali juga dengan Ujian Psikologi SPA, Ujian Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA. Tujuannya jelas, ingin memilih calon yang mempunyai daya pemikiran yang sesuai dengan jawatan yang akan di jawat nanti.
Ujian Psikometrik PTD (Ujian Psikologi SPA) ini merupakan salah satu Seksyen wajib jawab bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik setelah Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik kali ini diadakan secara online.
Ia merupakan Seksyen peperiksaan khas bagi mengantikan Seksyen Esei Bahasa Melayu dan Inggeris.
Lulus Seksyen ini juga merupakan syarat penting dalam pengambilan Pegawai PTD Malaysia. Berdasarkan peranan dan tugas seorang PTD yang pelbagai, seorang calon layak perlulah mempunyai ciri kepimpinan dan pemikiran positif.
UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Seksyen Ujian Psikometrik PTD dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.
Konsep ujian Psikologi sama seperti ujian Fizikal yang diadakan, ia cenderung untuk memilih calon yang layak dari segi pemikiran.
Baca juga: Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai PTD
Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.
Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.
SKOP SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK/PENAKSIRAN PERSONALITI SPA
Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;
- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi
- dan lain-lain
Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.
Baca juga: Contoh Soalan Matematik Pegawai PTD
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PTD SPA
1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.
a. Sangat setuju b. Setuju c. Tidak pasti d. Tidak setuju e. Sangat tdak setuju
8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.
a. Sangat setuju b. Setuju c. Tidak pasti d. Tidak setuju e. Sangat tdak setuju
11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
a. Sangat tidak setuju b. Agak tidak setuju c. Tidak setuju mahu pun setuju d. Agak setuju e. Sangat setuju
13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
a. Sangat tidak setuju b. Agak tidak setuju c. Tidak setuju mahu pun setuju d. Agak setuju e. Sangat setuju
14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
15. Saya mudah berasa bosan.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah
a. Sangat tidak setuju b. Agak tidak setuju c. Tidak setuju mahu pun setuju d. Agak setuju e. Sangat setuju
18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.
a. Sangat setuju b. Setuju c. Tidak pasti d. Tidak setuju e. Sangat tdak setuju
19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.
a. Sangat kerap b. Kerap c. Tidak pasti d. Kadang-kadang e. Tidak pernah
20. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.
a. Sangat tidak setuju b. Agak tidak setuju c. Tidak setuju mahu pun setuju d. Agak setuju e. Sangat setuju
21. Saya sentiasa mengira pendapat daripada orang lain
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
22. Saya berminat dalam perbincangan yang berkaitan dengan falsafah hidup masyarakat yang adil
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
23. Saya tidak pernah mencuri duit orang
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
24. Jika penyelia saya berat sebelah, saya tidak berasa sakit hati
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
25. Saya amat susah untuk merasa bimbang
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
26. Jika ada ahli keluarga yang membuat jenayah dan langgar undang-undang, saya tidak akan berdiam diri
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
27. Saya tidak memandu kenderaan jika tidak mempunyai lesen yang sah
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
28. Saya sentiasa mengira pendapat daripada orang lain
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
29. Saya pernah menipu
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
30. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan
a. Tidak langsung mencerminkan diri saya b. Jarang mencerminkan diri saya c. Kadang-kadang mencerminkan diri saya d. Sentiasa mencerminkan diri saya
PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK PTD SPA
Panduan peperiksaan Psikometrik SPA merupakan satu-satunya panduan utama yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA. Panduan ini mengandungi nota berkaitan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik SPA lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon peperiksaan.
Contoh Soalan Psikometrik SPA turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Psikometrik nanti. Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.
Dah dapat gambaran soalan Psikometrik PTD yang dikongsikan di atas? Jumlah soalan tersebut hanyalah sebahagian sahaja. Tidak cukup jika anda hanya ulangkaji dan jadikan soalan di atas sebagai rujukan. Setiap calon diingatkan untuk dapatkan lebih lagi rujukan contoh soalan PTD M41