Bagi anda yang telah lulus peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, anda pasti telah menerima SMS dan email temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dari pihak SPA.
Jadi, bila sahaja di panggil temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sudah tentu anda sedang mencari tips berkaitan temuduga.
Jom persiapkan diri dengan ilmu tentang jawatan ini sebelum anda di temuduga.
Kita mulakan dengan tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41 terlebih dahulu.
TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41
Isi Kandungan
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah, tempatan, tanah, perancangan dan pentadbiran sosial.
PEMBAHAGIAN SOALAN-SOALAN TEMUDUGA SPA
Soalan-soalan yang bakal ditanya semasa temuduga SPA biasanya akan dipecahnya mengikut beberapa bahagian. Berikut merupakan bahagian-bahagiannya. Latar belakang dan kelayakan Jawatan yang dimohon- Latar belakang dan kelayakan calon
- Jawatan yang dimohon
- Dasar kerajaan
- Isu semasa
CONTOH SOALAN TENTANG LATAR BELAKANG DAN KELAYAKAN CALON
Berikut merupakan contoh-contoh soalan berkaitan latar belakang dan kelayakan calon.- Sila perkenalkan diri anda
- Apakah kelebihan anda sehingga menyebabkan kami perlu memilih anda untuk bekerja dengan kami dan bukan orang lain?
- Mengapakah kami harus memilih anda untuk bekerja dalam sektor kerajaan?
- Apakah yang anda lakukan untuk projek akhir semester anda?
CONTOH SOALAN TENTANG JAWATAN YANG DIPOHON
Berikut merupakan contoh soalan temuduga SPA tentang jawatan yang dipohon.- Apakah tugas yang akan anda pikul dalam jawatan yang anda pohon ini?
- Apakah peranan Kementerian dan Jabatan ini?
- Terangkan kepada saya tentang inisiatif yang ingin anda ambil.
- Apakah sumbangan yang boleh anda berikan sekiranya anda dipilih bagi menjawat jawatan ini?
CONTOH SOALAN TENTANG DASAR KERAJAAN
Berikut merupakan contoh soalan temuduga SPA tentang dasar kerajaan.- Sila senaraikan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.
- Siapakah nama Menteri yang memegang portfolio bagi jawatan yang anda pohon ini?
- Apakah yang anda faham tentang SST? Sila terangkan secara ringkas.
- Pada pendapat anda, perlukah penjawat awam setia kepada kerajaan? Terangkan mengapa.
CONTOH SOALAN TENTANG ISU SEMASA
Soalan tentang isu semasa akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu isu semasa dalam negara dan juga isu semasa luar negara. Berikut merupakan contoh soalan tentang isu semasa.
Isu Semasa Dalam Negara
- Apakah tema kemerdekaan tahun ini?
- Apakah yang anda faham tentang isu MH17? Sila terangkan secara ringkas.
- Apa pandangan anda tentang pembatalan projek ECRL? Sila terangkan.
- Terangkan tentang konflik Israel dan Palestin?
- Apakah yang anda tahu tentang pertemuan antara Presiden USA, Donald Trump dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong Un? Jelaskan sebab pertemuan tersebut.
- Terangkan krisis kaum yang berlaku di Myanmar.
CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41
Ini adalah contoh soalan temuduga untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang anda boleh jadikan sebagai rujukan awal :- Perkenalkan diri (sebaiknya dalam Bahasa Inggeris)
- Apa keistimewaan calon untuk diserap ke dalam PTD
- Apa tugas PTD
- Berapa bidang PTD
- Apa yang anda belajar di universiti dan kaitannya dengan PTD
- Cadangan penubuhan kementerian khas untuk lelaki
- Apa tema kemerdekaan tahun ini
- Rukun negara
- Beza Klinik 1Malaysia dengan Klinik Kesihatan
- Anda ingin bertugas di Kementerian mana? Kenapa?
- Apa itu UTC, KPI, SOP, GST?
- Ada tak PTD di negeri-negeri
- Jawatan PTD paling tinggi di negeri ialah?
- Apa beza PTD dengan Pegawai Tadbir Negeri (PTN)
- Apa beza ISA dan OSA
- Pertubuhan antarabangsa seperti NAM, WHO, OIC, ASEAN, UNESCO dan sebagainya
- Soalan berkaitan integriti, rasuah dan sebagainya
- Sejarah asal usul PTD
- Apa beza Sultan dengan Agong
- Rancangan malaysia terkini dan pembentangan BAJET terkini
- Dasar kerajaan DEB dan sebagainya
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.