
Contoh Soalan Ujian Psikometrik PTD M41
Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan melibatkan penambahan satu Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik PTD. Ujian ini tidak banyak bezanya dengan Ujian Sahsiah dan Minat.
Baca juga: Contoh Soalan PTD M41
Berikut sedikit informasi berkaitan Ujian Psikometrik SPA dan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik PTD.
TUJUAN UJIAN PSIKOMETRIK PTD DIADAKAN
Isi Kandungan
Tujuan utama Ujian Psikometrik PTD diadakan adalah untuk mengukur Personaliti dan Sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan.
Ujian ini dikenali juga dengan Ujian Psikologi SPA, Ujian Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA. Tujuannya jelas, ingin memilih calon yang mempunyai daya pemikiran yang sesuai dengan jawatan yang akan di jawat nanti.
Ujian Psikometrik PTD (Ujian Psikologi SPA) ini merupakan salah satu Seksyen wajib jawab bagi calon Pegawai Tadbir Diplomatik setelah Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik kali ini diadakan secara online.
Ia merupakan Seksyen peperiksaan khas bagi mengantikan Seksyen Esei Bahasa Melayu dan Inggeris.
Lulus Seksyen ini juga merupakan syarat penting dalam pengambilan Pegawai PTD Malaysia. Berdasarkan peranan dan tugas seorang PTD yang pelbagai, seorang calon layak perlulah mempunyai ciri kepimpinan dan pemikiran positif.
UJIAN PSIKOMETRIK PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Masa : 15 minit
Soalan : 36 (aneka pilihan)
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Seksyen Ujian Psikometrik PTD dikenali juga sebagai Seksyen “Psikologi”, ia merupakan bahagian yang berkaitan dengan situasi di mana sahsiah atau personaliti diri anda akan di nilai. Dengan kata lain kecenderungan anda akan di nilai melalui set soalan yang diajukan.
Konsep ujian Psikologi sama seperti ujian Fizikal yang diadakan, ia cenderung untuk memilih calon yang layak dari segi pemikiran.
Baca juga: Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai PTD
Ujian bahagian ini tidak mempunyai format yang tetap dan soalan akan ditarafkan mengikut keperluan. Untuk menjawab bahagian ini tidak seharusnya menjadi satu masalah bagi calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.
Format soalan dan jawapan juga tidak tetap. Anda berkemungkinan hanya di beri 2 pilihan jawapan sama ada YA atau TIDAK, BETUL atau SALAH, SETUJU dan TIDAK SETUJU.
SKOP SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK/PENAKSIRAN PERSONALITI SPA
Berikut merupakan skop soalan yang mungkin diajukan kepada calon;
- Kemahiran Berfikir
- Sikap
- Perwatakan
- Emosi
- dan lain-lain
Untuk menjawab dengan baik soalan ini, anda perlu melihat refleksi diri anda dalam menjalani kehidupan seharian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda terhadap diri dan sekeliling perlu mencerminkan pemikiran POSITIF.
Baca juga: Contoh Soalan Matematik Pegawai PTD
Ingat pemilihan setiap jawapan perlulah ke arah POSITIF dan bukan sebaliknya.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK PTD
Penilaian Ujian Psikometrik, Sahsiah dan Minat atau Ujian Penaksiran Personaliti SPA adalah berdasarkan set soalan yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Berikut merupakan contoh soalan yang mungkin di tanya dalam ujian.

DAPATKAN CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK SPA
Anda ingin dapatkan contoh-contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Tadbir Diplomatik M41? Ingin ketahui bagaimana menjawab? Calon kini tidak perlu risau dengan adanya panduan khas peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang akan dikeluarkan nanti.
Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.
(Anda Perlu Melanggan Untuk Mendapatkan Review Copy Percuma)
Jangan lepaskan peluang mendapatkan Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan dikeluarkan nanti sebagai rujukan anda.
Untuk dapatkan panduan tersebut anda boleh melanggan sebagai pembaca laman melalui borang langganan dan melalui link pembelian di atas.